Rabu, 28 Desember 2011

melayu poenya


Gambus
Orkes gambus mengiringi tari Zapin yang seluruhnya dibawakan pria untuk tari pergaulan. Lagu yang dibawakan berirama Timur Tengah. Sedangkan tema liriknya adalah keagamaan. Alat musiknya terdiri dari biola, gendang, tabla dan seruling. Kini, orkes gambus menjadi milik orang Betawi dan banyak diundang di pesta sunatan dan perkawinan. Lirik lagunya berbahasa Arab, isinya bisa doa atau shalawat. Perintis orkes gambus adalah Syech Albar, bapaknya Ahmad Albar, dan yang terkenal orkes gambus El-Surayya dari kota Medan pimpinan Ahmad BaqiGambus merupakan salah satu musik yang telah berusia ratusan tahun dan sampai kini masih tetap populer. Gambus berkembang sejak abad ke-19, bersama dengan kedatangan para imigran Arab dari Hadramaut (Republik Yaman) ke nusantara. Gambus dijadikan sarana untuk menyiarkan agam Islam, dengan menggunakan syair-syair kasidah, gambus mengajak masyarakat mendekatkan diri pada Allah dan mengikuti teladan Rasul-Nya. Gambus adalah alat musik petik seperti mandolin.



Di masyarakat Melayu Riau,lazimnya Gambus dimainkan untuk mengiringi tarian zapin dalam berbagai acara  adat dan kegiatan kesenian. Dalam mengiringi tarian zapin, gambus dibunyikan serta dikombinasikan penggunakaanya dengan alat musik lain seperti kompang, marwas, bebano, cedul, gendang. 


Friday, September 12, 2008

Gambus

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKa7Zs7YblCfDuvR54iwf53ZLEiNowLto9vqrnIl9wecWVQ02H9cJgOp9SBGGjZ_RQSj5PgLq02q-ROVl2ESxjEXcLh1hihx_fWdK1kxpxltvy6Ww719KOvvbUGggDguWUxxuqXSHkrkE/s200/gambus2.JPG
Gambus merupakan alat penting dalam persembahan muzik Ghazal.Cara permainan adalah berbeza daripada gitar walaupun gambus adalah alat bertali.

Tamborine & Marakas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ-aBPG72HUVNoZz5rEVB-iUDSyd2NWKTkHr7qnEmP_eaxrHulMdN8c4gF0tSgyGTEKAC6SR1iSDhKOgklPEZ7yMUeqk3ZVITFndkpNskU9A4LmPUWjevSERse0vgXJnN5NT3L41ij8-E/s200/duff+%26+marakas.JPG
Tamborine dan Marakas adalah alat yang mengiringi persembahan Gambus dan Ghazal .Termasuk dalam alatan muzik perkusi bagi mengharmonikan lagi muzik tersebut.

Duff

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimfl3-0nxUEeUi3b1cfkGxNdonCcyD_OB-60w4B7984v2aC8Zd-70lIZBOGun8bxPvK1T624oTGUORjNGbx-kAUQMa9JDbP6ra2HGGl7p1g2lXZYOAMejirBVjbkeTwnjN8sEqtqZ2RT0/s200/duff1.JPG

Duff alat yang mengiringi persembahan berfungsi sebagai memainkan ritma lagu.

Harmonium

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsGF2q41iNI9tYL9JievAfyxoZgAJS7ZbL1kbEfeYmXGHZjPDUTqhAwjkOtG1W0EIe7pVSqRY9NxfRFfdptsU4Nx5M5Imkt0Bx7Gs3ORoylMlmlr14oXdh1u9IppyjoxdkNLhjkBNEqQE/s200/harmonium.JPG

Alat muzik Harmonium berfungsi sebagai muzik iringan yang memainkan melodi lagu dalam persembahan Ghazal.

Mandolin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEnsN0Q1cXQKmOFNzPvwx6YVCfritBOHQ-RAnaoRBwdGOcM9wXa9Y5Bx2P3bafjCwHvIWRk5IydkrLqwQe2NSe1H7IhzrR-plq308W10Qa6aqrDg_BQdNIz9gv59_3Zp93HnJ7oVvkZyw/s200/mandolin3.JPG
Mandolin juga merupakan alat muzik iringan di dalam persembahan permainan gambus dan ghazal

gitar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQ3j7WAuUKQAH4aH_ejKKdxdFKyYKUiD-lku-BvLAZ81cfuykbvwMMZuLRe5LPkBBcWDKrnFtDxKd4ahBvH2PDdYeuvahx6wr2EHq9gXxKdD3soXsWa8WSdQz522Jjr3CMoxoU0hNnxws/s320/gitar1.JPG


Gitar merupakan alat muzik yang digunakan bagi mengiringi permainan muzik gambus dalam persembahan Ghazal

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/70/YosriBelakangKompang.jpg/220px-YosriBelakangKompang.jpg
http://bits.wikimedia.org/skins-1.17/common/images/magnify-clip.png
Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini. Rebana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/06/YosriRebanaUbi.jpg/250px-YosriRebanaUbi.jpg
http://bits.wikimedia.org/skins-1.17/common/images/magnify-clip.png
Rebana Ubi sering dimainkan di pantai timur Semenanjung Malaysia, terutamanya Kelantan.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c2/YosriRebana.jpg/250px-YosriRebana.jpg
http://bits.wikimedia.org/skins-1.17/common/images/magnify-clip.png
Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.
Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao: Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.


Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja. .
Sape

Sape adalah seruling tradisional masyarakat Melayu. Alat musik dibuat dengan bambu panjang yang dilubangi sehingga menghasilkan nada yang indah. Alat musik ini dapat dimainkan dengan cara ditiup. Sape digunakan untuk melengkapi musik tarian tradisional Melayu. Selain itu, sape juga digunakan sebagai pelengkap musik pengiring dari lagu tradisional Melayu. Sampai saat ini alat musik ini masih sering digunakan. Salah satunya adalah untuk mengirinya musik dangdut (perkembangan dari musik Melayu).



Label:

0 Komentar:

Posting Komentar

terimakasih ya atas kunjungan anda! Happy Teste Avhy merupakan sebuah blog dofollow. Bila anda seorang blogger,pada saat anda berkomentar, maka secara otomatis anda akan memeroleh back link cuma-cuma.

Kritikan anda sangat berguna bagi kami.. ^_
^

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda